Today my post will be in Bahasa Malaysia
so just bare with it yea, inilah jadinya bila angin kus-kus datang hahaha.
Ini adalah tentang diriku,
Cinderella walaupun tak seperti
Cinderella mana pun, cuma bab
CURFEW pukul 12 tengah malam sahaja yang membuatkan aku menjadi
Cinderella. Kadang-kadang aku tak rasakan seperti kesayangan keluargaku, tindak tanduk mereka kadang-kadang menunjukkan aku seperti paling disayangi dalam keluarga. Pelik kan?
Seingat aku bila dah berumur
xx sekarang ini aku dah boleh mengecapi kebebasan tetapi mengapa keadaan berubah sebaliknya? Aku juga ingin meluangkan masa lapangku bersama dengan kawan-kawan walaupun bukan setiap hari. Aku ingin menonton wayang, bercuti, bowling, membeli belah, karaoke dan sebagainya. Adakah sebab aku dikongkong maka aku mula ingin memberontak?
Ya Allah, hindarilah hati ini dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Aku tak berniat ingin memberontak tetapi amat merimaskan jika menerima panggilan telefon bertubi-tubi walaupun jam belum menunjukkan detik 12 tengah malam dan yang terpenting aku belum melebihi waktu curfew
Cinderella.
Aku sudah bekerja, boleh menjaga diri sendiri insyaAllah. Tolong layan aku dengan sewajarnya, niatku bukan ingin membantah cuma berikan sedikit kelonggaran dalam hidup pun sudah memadai. Aku faham jika mereka risaukan tentang diriku bila berada di luar meskipun keadaan dunia yang penuh pancaroba dan tidak seselamat seperti zaman dahulu kala.
Yelah jadi
Cinderella jugalah aku sekarang, di manakah
Putera yang akan datang menjemput
Cinderella ini? Bolehlah aku mengecap nikmat dunia bersama
Putera itu. Hidupku ibarat kartun
Cinderella yang wujud di dunia nyata.
Sekian sahaja warkah aku pada kali ini, hingga berjumpa di lain hari. Wassalam =)