Monday, May 6, 2013

Di Sebalik Tirai Cinderella

Today my post will be in Bahasa Malaysia so just bare with it yea, inilah jadinya bila angin kus-kus datang hahaha.


Ini adalah tentang diriku, Cinderella walaupun tak seperti Cinderella mana pun, cuma bab CURFEW pukul 12 tengah malam sahaja yang membuatkan aku menjadi Cinderella. Kadang-kadang aku tak rasakan seperti kesayangan keluargaku, tindak tanduk mereka kadang-kadang menunjukkan aku seperti paling disayangi dalam keluarga. Pelik kan?


Seingat aku bila dah berumur xx sekarang ini aku dah boleh mengecapi kebebasan tetapi mengapa keadaan berubah sebaliknya? Aku juga ingin meluangkan masa lapangku bersama dengan kawan-kawan walaupun bukan setiap hari. Aku ingin menonton wayang, bercuti, bowling, membeli belah, karaoke dan sebagainya. Adakah sebab aku dikongkong maka aku mula ingin memberontak?


Ya Allah, hindarilah hati ini dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Aku tak berniat ingin memberontak tetapi amat merimaskan jika menerima panggilan telefon bertubi-tubi walaupun jam belum menunjukkan detik 12 tengah malam dan yang terpenting aku belum melebihi waktu curfew Cinderella.


Aku sudah bekerja, boleh menjaga diri sendiri insyaAllah. Tolong layan aku dengan sewajarnya, niatku bukan ingin membantah cuma berikan sedikit kelonggaran dalam hidup pun sudah memadai. Aku faham jika mereka risaukan tentang diriku bila berada di luar meskipun keadaan dunia yang penuh pancaroba dan tidak seselamat seperti zaman dahulu kala.


Yelah jadi Cinderella jugalah aku sekarang, di manakah Putera yang akan datang menjemput Cinderella ini? Bolehlah aku mengecap nikmat dunia bersama Putera itu. Hidupku ibarat kartun Cinderella yang wujud di dunia nyata.


Sekian sahaja warkah aku pada kali ini, hingga berjumpa di lain hari. Wassalam =)

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger